CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 18 March 2013

DEMC-Darul Ehsan Medical Centre EPISODE 1

Salam
Harini aku sebenarnya nak review tentang tajuk di atas...
sila tgk balik tajuk eheh..

Aku buat entry ni utk kongsi pengalaman aku bersalin di situ
Mungkin boleh mempengaruhi kamu kamu disana yang sedang
tercari-cari/memilih untuk bersalin dimana...
sebab aku dlu pun macam kamu kamu semua  juga
confius tambah pula anak sulung ..

semasa disahkan hamil
Alhamdullilah suamiku terus decide untuk aku bersalin di hospital swasta
Bukan apa
Suami aku kata dia ingin menemani aku di saat aku akan melahirkan zuriat kami
Disamping itu dia mahukan doktor wanita yang akan merawat aku semasa aku bersalin nanti
Suami aku memberikan kepercayaan sepenuhnya  kepada aku memilih untuk bersalin dimana..

aku mempertimbangkan beberapa perkara sebelum memiilih:
1) tentula kos ataupun ongkosnya ehehehe
2) service
3) lokasi

Di Shah Alam ni 2 tempat yg aku buat bandingan adalah
DEMC dan juga UMRA

1) Kos / Ongkos

DEMC bila aku call dan tanya kos utk bersalin
normal adalah di antara RM2500 - RM5000..
Gulpppppp aku terkedu uishhhh

C-section / C-Zer diantara RM5000 - RM10 000
aku punya gulppppppppppppppppppppppppppp lagi panjang dari tadi
sob sob sambil berdoa dalam hati janganla czer

UMRA bila aku call dan tanya harganya jauh berbeza lebih affordable
kawan aku pun recommend sbb wife dia bersalin kt ctu
Normal jika bersalin di UMRA adalah dalam RM2000
C Zer hampir ke RM5000

Jadi untuk perbandingan dari segi kos nampaknya UMRA menang
Aku pun beritahu suami kita checkup dan bersalin di UMRA sajalah
Baru melayari bahtera rumah tangga every single cent is counted bagi aku la...

Beberapa hari selepas itu
Suami aku ajak aku ke DEMC untuk bertanyakan sendiri tentang kos bersalin disana
DEMC ni terletak di sek 14 sangat dekat dgn rumah aku
Sampai saja disana
Kami dibawa oleh staff melihat sendiri semua jenis bilik yg ditawarkan disana
dari serendah RM140 semalam sehinggala RM 1500 lebih semalam
jakun kejap aku tgk bilik yg paling mahal tu
macam bilik hotel mewah suami aku senyum2 tgk gelagat aku
dia kata bole bawak sekampung ni if duk bilik paling mahal ni hahaha
perabotnya pun xsama mcm perabot kat hospital
mana taknya ada bilik pesakit ada bilik tetamu ada ruang makan ada ruang tengk tv huisshhh
nak bercuti honeymoon ke apa hahaha
selepas itu staff yg comel tu sambung lagi tour ktorg
kali ni dia ajak melawat bilik bersalin / labour room
dan juga operation room seram sejuk kaki aku dibuatnya
nervous

Suami aku sangatla berpuas hati dengan penerangan dan layanan staff kt DEMC tu
Pastu suami aku ajak ke UMRA
ye la nak buat perbandingan kenala pi melawat kawasan sendiri hehehe
UMRA terletak di seksyen 13 Shah Alam
Lokasi agak jauh dari rumah aku

Masa aku datang tu agak sibuk operasi di hospital tu
Nak mencari parking saja lebih setengah jam kami berpusing2
sebab UMRA ni terletak di antara shop lot
mungkin faktor tu yg buat kami berpusing-pusing mencari paking
nampaknya tidak ada paking yg terdekat jadi kami paking agak jauh
suami aku da start bebel katanya if emergency nak bersalin macam mna ni ye
so aku ckp xpe kita tgk dulu dalam tu mcm mna sebab if emergency kita slumber je la benti kt depan hospital tu kan eheh

Bila masuk ke dalam hospital tu
Kami lihat sangatla ramai ibu-ibu untuk melakukan pemeriksaan ataupun membawa anak
sangat ramai membuatkan ruangan yg kecil menjadi semakin sesak
Receptionist menerangkan secara ringkas tentang kos untuk bersalin dictu
walaupun ramai orang bersesak kakak rceptionist tu senyum sambil melayan pertanyaan kami yg ntah apa2
kira ok la tu kan
xade hospital tour yg dilakukan disini mungkin sibuk
pada fikiran aku mungkin harga yang berpatutan dan mampu milik itu yang membuatkan pusat perubatan itu
menjadi pilihan
buat pengetahuan UMRA tidak menyediakan makanan utk pesakit
Mungkin bagi kamu kamu semua ok sebab tengah sakit mana lalu nak makan kan


Apabila selesai dan sampi rumah
Suami aku buat keputusan utk memilih DEMC
Aku pandang dia terkebil2
We must have RM10K
Sbb kt kena fikir worst scenario if aku kna wat csection
phewwwwww

Pastu suami aku pelok aku ketat2
katanya xpe syg dia akan usahakan
dia nak yg terbaik untuk aku dan anak
sweet n tacing aku

dan untuk pengetahuan kamu kamu semua
aku terpaksa menjalani c-section
sob sob sob
nanti aku sambung lagi
panjang sangat pulak aku rasa
Next entry la aku wat list sahaja
kenapa suami aku pilih DEMC
dan berapa bintang aku nak bg untuk service mereka...:)



Single & Double Bed







Orchid Suite






Suites



Semua gambar aku amik dari http://demc.com.my/our-facilities/patient-rooms/the-orchid-suite.html
kalau nk info lagi bole layari http://demc.com.my/
apa yg aku kongsi mungkin berbeza tertakhluk pada pindaan pihak hospital...cewahhhh

Thursday 14 March 2013

Deco..:)

semangat nk mendeko tapi masih tercari-cari konsep

aku suka yg simple tapi moden
dalam masa yg sama perlu berjimat
sebab nanti klau ada rezeki akan berpindah lagi

so aku perlu pastikan barangan itu sesuai untuk rumah kami nanti
berangan lagi....


aku suka frame yg kt dinding tu






yg ni comel je warnanya






pening sekejap
hahaha
kena ambil pic sebelum n selepas mendeco ni
nanti aku kongsi
cewahhh

daaaaaa:)